Soalan
Lazim Berkaitan Rumah Lelong
Q: Apa itu rumah
Lelong?
A: Hartanah atau rumah lelong adalah
harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama
ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan
atau hotel).
Q: Kenapa rumah
dilelong?
A: Kebiasaannya tuan rumah
(peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank.
Q: Perlukah saya
mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?
A: YA. Anda perlu mengeluarkan wang
deposit sebanyak 5% - 10% (mengikut terma POS) dari
harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Draft dan dibayar kepada
pihak bank yang melelong.
Q: Apa itu harga rizab
(Reserve Price)?
A: Harga rizab (Reserve Price) adalah
harga terendah untuk sesuatu hartanah atau rumah lelongyang dijual oleh pihak
bank dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh, pelelong akan memulakan proses
pembidaan dengan harga yang tidak kurang atau sama dengan harga rizab yang
telah disyaratkan dalam POS (Perisytiharan Jualan).
Q: Adakah saya perlu
memberi membayar “Agent Fee” untuk urusan rumah lelong tersebut?
A: YA. Mengikut harga sesuatu
hartanah/rumah atau minima RM 1,500.
Q: Apakah kos peguam
yang perlu saya bayar jika berjaya membeli rumah tersebut?
A: Kos yang perlu anda bayar adalah
seperti Fee Peguam, Harga Duti Setem (Duty Stamping), Akuan
Bersumpah, Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat,
perjalanan, telefon / fax dan lain-lain.
Q: Jika saya tidak
berjaya membeli rumah lelong tersebut bagaimana dengan Bank Draft?
A: Jika anda gagal untuk mendapatkan
rumah lelong tersebut, Bank Draft akan dipulangkan dan anda boleh tunaikan
semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya.
Q: Untuk kakitangan
kerajaan bolehkah untuk membeli rumah lelong tersebut?
A: Boleh. Tetapi pinjaman dengan
hanya bank konversional biasa, bukan dari penbendaharaan.
Q: Saya mempunyai
rumah berharga RM 150,000 bolehkah saya membeli sebuah rumah lagi yang berharga
RM 150,000 ke bawah?
A: YA. Masih boleh kerana rumah
lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Tetapi pastikan tahap kelayakan status
pinjaman dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk
membeli rumah lelong.
Q: Bagaimana dengan
cukai pintu, cukai harta serta bil-bil utiliti lain?
A: Cukai pintu, cukai harta akan
dibayar oleh pihak bank kepada rumah tersebut sehingga tarikh rumah dibeli oleh
pemilik baru. Akan tetapi bil-bil lain seperti air, elektrik, kos selengaraan
rumah dibayar oleh pemilik baru.
Q: Bagaimana dengan
keadaan rumah lelong tersebut ?
A: Anda dinasihatkan untuk melihat
terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari kawasan sekitar dan rumah lelong
dijual seperti sedia maklum berdasarkan “seperti sedia ada” dan dinasihatkan
juga jika rumah tersebut masih berpenghuni, fikirkan juga dengan perasaan dan
emosi pemilik asal untuk anda tidak menanyakan sebarang soalan. Dalam hal ini
pihak bank tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemungkinan yang berlaku
terhadap anda. Dan pihak bank tidak mempunyai kunci rumah tersebut sama ada
rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci.
Q: Saya Berminat untuk
mendapatkan rumah lelong tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Selepas anda melihat rumah
tersebut dan berminat untuk membeli, sila menghubungi saya di talian: 013-219 3131 (Azman) untuk
urusan Bank Draft dan surat wakil.
Q: Saya Berminat untuk
menjadi agen atau perunding hartanah bersama pihak tuan, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Sekiranya anda berminat menyertai team kami untuk menjadi perunding hartanah secara freelance, sila hubungi saya di talian: 013-219 3131 (Azman) atau Smskan:
Taip:AgenHartanah - NEGERI - NAMA PENUH ANDA - NO TELEFON BIMBIT ANDA - EMAIL
ANDA dan hantar sms ke 0132193131 atau DAFTAR ONLINE SEBAGAI AGEN dan SILA KLIK DISINI.
A: Apakah masalah yang
sering dihadapi untuk untuk membeli rumah lelong?
Q: Masalah yang sering berlaku
berkaitan rumah lelong selalunya rumah lelong yang pemiliknya asalnya
masih lagi tinggal di rumah berkenaan walaupun ianya telah dilelong. Jika
mengalami situasi begini, cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang baik
terlebih dahulu. Tindakan undang-undang dan mahkamah adalah jalan
terakhir jika pemilik asal rumah tersebut masih enggan keluar dari rumah
berkenaan. Dalam hal ini anda tidak perlu bimbang.
Q: Bolehkah saya
membeli rumah lelong yang telah lepas tarikh lelong dan masih tiada pembeli?
A: Kebanyakan kes rumah lelong yang
tiada pembeli akan dilelong semula walaupun anda mahu membelinya selepas tarikh
lelong. Dan kebiasaanya harga rizab akan dikurangkan 5% - 10% dari hari
harga rizab sebelumnya. Kemungkinan rumah tersebut akan dilelong dalam masa 3
atau 6 bulan, atau setahun kemudian. Bergantung kepada pihak bank dan
pelelong untuk mengisytiharkan atau mengiklankannya.
Q: Mengapa saya perlu
menggunakan perkhidmatan ejen?
A: Antara sebab mengapa anda
memerlukan perkhidmatan ejen:
- Ejen boleh membantu anda
mendapatkan senarai rumah lelong terbaru yang hendak dicari.
- Ejen boleh memberikan anda
khidmat nasihat yang berguna dan penting jika anda tiada pengetahuan
tentang selok belok membeli hartanah/rumah lelong.
- Ejen boleh membantu anda
mendapatkan maklumat hartanah seperti Hakmilik, surat POS (Pengisytiharan
Jualan) dan COS (Conditions of Sale).
- Ejen boleh membantu anda dalam
proses mendapatkan peguam yang betul-betul bekerja. Terdapat kes rumah
yang telah dibeli dilelong semula kerana peguamnya “tidur”.
- Anda dapat menjimatkan masa,
tenaga dan wang jika menggunakan perkhidmatan ejen. Baca selanjutnya perkhidmatan ejen disini.
=============================================
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di
NZR Properties Realty Resources
Tel No : 0132193131 (Encik Azman)
email : azmanhartanah@gmail.com