Panduan Bagaimana Untuk Membeli Rumah Lelong.
Untuk pengetahuan pembaca semua, ramai diantara anda tak pernah lagi beli rumah lelong. Cuma artikel didalam blog ini dapat dijadikan sedikit panduan untuk anda dan rakan.
Sebenarnya kalau nak buat sendiri pun boleh, cuma kena tahu cara - caranya. Cuma kalau pakai agen ni kita tahu arah tujunya. Kerana selepas kita menang, kita diberi masa selama 90-120 hari untuk selesaikan semuanya. Jika tidak deposit kita akan hangus. Dalam tempoh itu banyak perkara perlu dibuat dan diselesaikan oleh agen.
Kalau nak tahu asas untuk beli rumah lelong ni ada dalam blog saya http://azmanhartanah.blogspot.com
CARA MEMBELI RUMAH LELONG ?
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT BIDAAN LELONG HARTANAH
1. Dapatkan dahulu Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamation of Sales) dan terma-terma Jualan (Condition of Sales). Baca dan fahamkan dengan teliti segala perkara berkaitan dengan baki tempoh pajakan sekiranya "Leasehold", kaveat persendirian, status bumiputra, tunggakan baki yang perlu dibayar. Luangkan masa bagi melihat hartanah tersebut untuk mengetahui adakah hartanah tersebut sesuai dengan citarasa anda ataupun tidak.
2. Sebelum membeli harta itu, buat carian hak milik secara rasmi atau tidak rasmi di pejabat tanah dan kemudian lawati harta itu serta pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
3. Setelah berpuas hati terhadap hartanah tersebut,Dapatkan khidmat nasihat dari kami ( 013-2193131 ) mengenai harga pasaran semasa bagi mengelakkan kerugian sewaktu bidaan dijalankan.
4. Sediakan Bank Draft untuk Deposit yang ditetapkan mengikut bank atau pelelong iaitu 5% atau 10% daripada Harga Rizab dan salinan kad pengenalan. Bawa pada hari lelongan tersebut.
5. Sewaktu bidaan cuba elakkan daripada terpengaruh dengan tawaran pembida-pembida yang bertarung sesama anda daripada segi emosi. sekiranya ianya terjadi anda akan menjadi manusia yang agak MALANG, ini adalah kerana anda boleh membeli hartanah itu mungkin lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pihak penjual melalui skill perundingan dan tawar menawar di luar sana tanpa menghadiri acara lelongan awam tersebut.
6. Menggunakan ejen sebagai wakil anda. Selain menghadiri sendiri lelongan itu, anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil anda untuk membuat bidaan. Pastikan ejen itu adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah.
Selepas Berjaya
1. Selepas tiada lagi pembida yang membuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.
2. Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.
3. Mendapatkan pinjaman. INI SANGAT PENTING. Perlu diingatkan tempoh 90 atau 120 hari adalah merupakan masa yang singkat, justeru itu dapatkan agen yang berpengalaman bagi membantu anda dalam soal pinjaman, peguam, tukar nama dan sebagainya, ini untuk mengelakkan deposit anda tidak akan dipulangkan(forfeited) jika anda terlewat.
***Kalau tak Berjaya: Bank Draf anda akan dipulangkan semula pada masa itu juga.Pergi semula ke Bank yang anda beli bank draf tadi untuk mendapatkan wang tunai (ditolak sediki kos daripada pihak bank lebih kurang Rm2.00). Kemudian bersedia untuk membeli hartanah lelongan pada masa akan datang.
p/s : Langkah di atas adalah panduan asas untuk membuat bidaan di lelongan awam. Ia sebenarnya tidak susah untuk dilakukan tetapi bagi mereka yang baru mula mencuba untuk membida, berhati-hati dan sebaiknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan. Anda perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional.
Selamat mencuba & Semoga berjaya....
Untuk melihat senarai hartanah, sila isikan borang menjual/mencari hartanah yang telah kami sediakan dengan melayari http://hartanahmurah4u.blogspot.com
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di
NZR Properties Realty Resources
Tel No : 0132193131 (Encik Azman)
email : azmanhartanah@gmail.com
2 comments:
Part tawar-menawar tu tak boleh nak ikut emosi sangat. Terima kasih berkongsi info.
Artikel terkini : Tips Sebelum Beli Rumah Lelong.
Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
Pinjaman dari Allah yang takut Firma Pinjaman.
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas memfailkan permohonan pinjaman,
Anda boleh menjangkakan bahawa sambutan awal yang kurang daripada 24 jam dan
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
Untuk maklumat dan permohonan yang lebih borang untuk pinjaman melalui Hubungi kini melalui e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com
Post a Comment