Tanah Lot Banglo Untuk DiJual / Pakej Bina Banglo 1 Tingkat Disediakan - Sila Klik Banner DiBawah

NZR PROPERTIES REALTY RESOURCES

Kami menawarkan khidmat jual beli rumah dan tanah diseluruh malaysia. Berkongsi informasi berkaitan jual beli hartanah. Kepada pemilik hartanah yang sedang mencari pembeli atau pembeli yang sedang mencari hartanah tertentu.

INFO dan PANDUAN HARTANAH Secara PERCUMA

Saya akan kongsikan dari masa ke semasa segala info, panduan, teknik, rahsia yang boleh digunapakai dalam industri hartanah.terutama dalam topik Beli Rumah Bank Lelong Dengan Harga Murah dan Khidmat JualBeli Tanah.

PINJAMAN PERUMAHAN DAN PEMBIAYAAN SEMULA

Kami Juga Menguruskan PINJAMAN PERUMAHAN untuk Hartanah Lelong dan Pembiayaan Semula Rumah dan Hartanah. Jika Anda Mahu Refinance Rumah dan Hartanah Anda. Kami Sedia Membantu Anda.

Peluang Kerja Jadi EJEN PERUNDING HARTANAH

Kami Akan "Membongkar! Satu Peluang Kerjaya Eksklusif Yang Memberikan Pulangan Yang Amat Lumayan Kepada Anda Dalam Kerjaya Dalam Bidang Hartanah Yang Profesional Dan Lumayan. Terbukti Ramai Telah Berjaya! .

Hubungi Kami Untuk Khidmat Hartanah Anda !!

Kepada pemilik-pemilik tanah yang ingin menjual hartanah anda atau pelanggan yang sedang mencari rumah boleh lah menghubungi kami untuk urusan JualBeli Tanah dan Beli Rumah Bank Lelong Dengan Harga Murah.

Sunday, 20 October 2013

Soalan Lazim – FAQ – Cara dan Proses Membeli Rumah Lelong





Soalan Lazim Berkaitan Rumah Lelong

Q: Apa itu rumah Lelong?
A: Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).

Q: Kenapa rumah dilelong?
A: Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank.

Q: Perlukah saya mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?
A: YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5% - 10% (mengikut terma POS) dari harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Draft dan dibayar kepada pihak bank yang melelong.

Q: Apa itu harga rizab (Reserve Price)?
A: Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah atau rumah lelongyang dijual oleh pihak bank dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh, pelelong akan memulakan proses pembidaan dengan harga yang tidak kurang atau sama dengan harga rizab yang telah disyaratkan dalam POS (Perisytiharan Jualan).

Q: Adakah saya perlu memberi membayar  “Agent Fee” untuk urusan rumah lelong tersebut?
A: YA. Mengikut harga sesuatu hartanah/rumah atau minima RM 1,500.

Q: Apakah kos peguam yang perlu saya bayar jika berjaya membeli rumah tersebut?
A: Kos yang perlu anda bayar adalah seperti Fee Peguam, Harga Duti Setem (Duty Stamping),  Akuan Bersumpah,  Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain.

Q: Jika saya tidak berjaya membeli rumah lelong tersebut bagaimana dengan Bank Draft?
A: Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Bank Draft akan dipulangkan dan anda boleh tunaikan semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya.

Q: Untuk kakitangan kerajaan bolehkah untuk membeli rumah lelong tersebut?
A: Boleh. Tetapi pinjaman dengan hanya bank konversional biasa, bukan dari penbendaharaan.

Q: Saya mempunyai rumah berharga RM 150,000 bolehkah saya membeli sebuah rumah lagi yang berharga RM 150,000 ke bawah?
A: YA. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Tetapi pastikan tahap kelayakan status pinjaman dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong.

Q: Bagaimana dengan cukai pintu, cukai harta serta bil-bil utiliti lain?
A: Cukai pintu, cukai harta akan dibayar oleh pihak bank kepada rumah tersebut sehingga tarikh rumah dibeli oleh pemilik baru. Akan tetapi bil-bil lain seperti air, elektrik, kos selengaraan rumah dibayar oleh pemilik baru.

Q: Bagaimana dengan keadaan rumah lelong tersebut ?
A: Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari kawasan sekitar dan rumah lelong dijual seperti sedia maklum berdasarkan “seperti sedia ada” dan dinasihatkan juga jika rumah tersebut masih berpenghuni, fikirkan juga dengan perasaan dan emosi pemilik asal untuk anda tidak menanyakan sebarang soalan. Dalam hal ini pihak bank tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anda. Dan pihak bank tidak mempunyai kunci rumah tersebut sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci.

Q: Saya Berminat untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Selepas anda melihat rumah tersebut dan berminat untuk membeli, sila menghubungi saya di talian: 013-219 3131 (Azman) untuk urusan Bank Draft dan surat wakil.

Q: Saya Berminat untuk menjadi agen atau perunding hartanah bersama pihak tuan, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Sekiranya anda berminat menyertai team kami untuk menjadi perunding hartanah secara freelance, sila hubungi saya di talian: 013-219 3131 (Azman) atau Smskan:  Taip:AgenHartanah - NEGERI - NAMA PENUH ANDA - NO TELEFON BIMBIT ANDA - EMAIL ANDA dan hantar sms ke 0132193131 atau DAFTAR ONLINE SEBAGAI AGEN  dan SILA KLIK DISINI.


A: Apakah masalah yang sering dihadapi untuk untuk membeli rumah lelong?
Q: Masalah yang sering berlaku berkaitan rumah lelong selalunya rumah lelong yang pemiliknya asalnya masih lagi tinggal di rumah berkenaan walaupun ianya telah dilelong. Jika mengalami situasi begini, cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang baik terlebih dahulu. Tindakan undang-undang dan mahkamah adalah jalan terakhir jika pemilik asal rumah tersebut masih enggan keluar dari rumah berkenaan. Dalam hal ini anda tidak perlu bimbang.

Q: Bolehkah saya membeli rumah lelong yang telah lepas tarikh lelong dan masih tiada pembeli?
A: Kebanyakan kes rumah lelong yang tiada pembeli akan dilelong semula walaupun anda mahu membelinya selepas tarikh lelong. Dan kebiasaanya harga rizab akan dikurangkan 5% - 10% dari hari harga rizab sebelumnya. Kemungkinan rumah tersebut akan dilelong dalam masa 3 atau 6 bulan, atau setahun kemudian. Bergantung kepada pihak bank dan pelelong untuk mengisytiharkan atau mengiklankannya.

Q: Mengapa saya perlu menggunakan perkhidmatan ejen?
A: Antara sebab mengapa anda memerlukan perkhidmatan ejen:
  • Ejen boleh membantu anda mendapatkan senarai rumah lelong terbaru yang hendak dicari.
  • Ejen boleh memberikan anda khidmat nasihat yang berguna dan penting jika anda tiada pengetahuan tentang selok belok membeli hartanah/rumah lelong.
  • Ejen boleh membantu anda mendapatkan maklumat hartanah seperti Hakmilik, surat POS (Pengisytiharan Jualan) dan COS (Conditions of Sale).
  • Ejen boleh membantu anda dalam proses mendapatkan peguam yang betul-betul bekerja. Terdapat kes rumah yang telah dibeli dilelong semula kerana peguamnya “tidur”.
  • Anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang jika menggunakan perkhidmatan ejen. Baca selanjutnya perkhidmatan ejen disini.
=============================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di
NZR Properties Realty Resources
Tel No  : 0132193131 (Encik Azman)
email : azmanhartanah@gmail.com
 

Panduan Bagaimana Untuk Membeli Rumah Lelong.


Panduan Bagaimana Untuk Membeli Rumah Lelong.
Untuk pengetahuan pembaca semua, ramai diantara anda tak pernah lagi beli rumah lelong. Cuma artikel didalam blog ini dapat dijadikan sedikit panduan untuk anda dan rakan.

Sebenarnya kalau nak buat sendiri pun boleh, cuma kena tahu cara - caranya. Cuma kalau pakai agen ni kita tahu arah tujunya. Kerana selepas kita menang, kita diberi masa selama 90-120 hari untuk selesaikan semuanya. Jika tidak deposit kita akan hangus. Dalam tempoh itu banyak perkara perlu dibuat dan diselesaikan oleh agen.

Kalau nak tahu asas untuk beli rumah lelong ni ada dalam blog saya http://azmanhartanah.blogspot.com

CARA MEMBELI RUMAH LELONG ?
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT BIDAAN LELONG HARTANAH

1. Dapatkan dahulu Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamation of Sales) dan terma-terma Jualan (Condition of Sales). Baca dan fahamkan dengan teliti segala perkara berkaitan dengan baki tempoh pajakan sekiranya "Leasehold", kaveat persendirian, status bumiputra, tunggakan baki yang perlu dibayar. Luangkan masa bagi melihat hartanah tersebut untuk mengetahui adakah hartanah tersebut sesuai dengan citarasa anda ataupun tidak.

2. Sebelum membeli harta itu, buat carian hak milik secara rasmi atau tidak rasmi di pejabat tanah dan kemudian lawati harta itu serta pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

3. Setelah berpuas hati terhadap hartanah tersebut,Dapatkan khidmat nasihat dari kami ( 013-2193131 ) mengenai harga pasaran semasa bagi mengelakkan kerugian sewaktu bidaan dijalankan.

4. Sediakan Bank Draft untuk Deposit yang ditetapkan mengikut bank atau pelelong iaitu 5% atau 10% daripada Harga Rizab dan salinan kad pengenalan. Bawa pada hari lelongan tersebut.

5. Sewaktu bidaan cuba elakkan daripada terpengaruh dengan tawaran pembida-pembida yang bertarung sesama anda daripada segi emosi. sekiranya ianya terjadi anda akan menjadi manusia yang agak MALANG, ini adalah kerana anda boleh membeli hartanah itu mungkin lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pihak penjual melalui skill perundingan dan tawar menawar di luar sana tanpa menghadiri acara lelongan awam tersebut.

6. Menggunakan ejen sebagai wakil anda. Selain menghadiri sendiri lelongan itu, anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil anda untuk membuat bidaan. Pastikan ejen itu adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah.

Selepas Berjaya

1. Selepas tiada lagi pembida yang membuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.

2. Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.

3. Mendapatkan pinjaman. INI SANGAT PENTING. Perlu diingatkan tempoh 90 atau 120 hari adalah merupakan masa yang singkat, justeru itu dapatkan agen yang berpengalaman bagi membantu anda dalam soal pinjaman, peguam, tukar nama dan sebagainya, ini untuk mengelakkan deposit anda tidak akan dipulangkan(forfeited) jika anda terlewat.

***Kalau tak Berjaya: Bank Draf anda akan dipulangkan semula pada masa itu juga.Pergi semula ke Bank yang anda beli bank draf tadi untuk mendapatkan wang tunai (ditolak sediki kos daripada pihak bank lebih kurang Rm2.00). Kemudian bersedia untuk membeli hartanah lelongan pada masa akan datang.


p/s : Langkah di atas adalah panduan asas untuk membuat bidaan di lelongan awam. Ia sebenarnya tidak susah untuk dilakukan tetapi bagi mereka yang baru mula mencuba untuk membida, berhati-hati dan sebaiknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan. Anda perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional.

Selamat mencuba & Semoga berjaya....

Untuk melihat senarai hartanah, sila isikan borang menjual/mencari hartanah yang telah kami sediakan dengan melayari http://hartanahmurah4u.blogspot.com

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di
NZR Properties Realty Resources
Tel No  : 0132193131 (Encik Azman)
email : azmanhartanah@gmail.com

Dapatkan Info - Bagaimana Nak Beli Rumah Tanpa Modal .!

Labels

#saveGaza (1) #SaveTheChildren (1) #SupportGAZA (1) 013-2193131 Azman Hartanah - Kami Mencari Tuan Tanah untuk Usahasama (JV) Bersama Pemaju Perumahan - Tanah 3 Ekar hingga 10 Ekar (1) Abang Azman Klang Perunding Hartanah Anda-INFO dan HARTANAH untuk dijual (1) Anda Berminat Menjadi Perunding Hartanah atau Ejen Hartanah.? (1) Anda Sedang Mencari Tanah Lot Banglo Atau Ingin Bina Rumah Banglo 1 Tingkat (1) Apakah perbezaan di antara hartanah rezab Melayu dan hartanah bumiputera? (1) atau Agen Hartanah (1) atau kekal (1) atau pajakan negeri (1) atau usaha sama (1) AzmanHartanah.Com / PEMAJU PERUMAHAN SEDANG MENCARI TANAH TIGA EKAR KE ATAS UNTUK DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA (JV) (1) bank untuk membuat pinjaman rumah lelong (1) BATU 7 (1) Beli Rumah Lelong (1) beli tanah lot (2) Bina Taman Perumahan (1) blog hartanah lelong (1) broker hartanah lelong (1) Broker Rumah (1) Broker Tanah (1) cara jual rumah lelong (1) cara membeli rumah lelong (1) cara membeli tanah lot (5) contoh rumah di tanah lot (6) Ejen Hartanah (1) ejen hartanah lelong (1) Ejensi Harta Tanah Malaysia (1) Ejensi Hartanah (1) Facebook Fan Page Azman Hartanah-NZR PROPERTIES REALTY RESOURCES (1) Gambar Rumah (1) Hubungi 013-2193131 Azman Hartanah (1) Ingin Tahu tentang JV Usahasama Majukan Tanah Anda ! Hubungi 013-2193131 Azman Hartanah dari NZR PROPERTIES REALTY RESOUCES (1) Joint Venture Tanah Tanah Untuk JV (1) Jual Beli Tanah (1) jual beli tanah lot (3) jual tanah lot (1) JualBeli Rumah (1) JualBeli-Tanah-tanah dikehendakki (1) JV (1) Jv Tanah (1) JV Tanah Dengan Pemaju Perumahan (1) JV usahasama (1) JV Usahasama Pemaju Perumahan DENGAN Pemilik Tanah ( Bina Rumah ) (1) JV Usahasama Utk Membina Taman Perumahan di Tanah Anda (1) Kami Mencari Tanah untuk di Jual di Kuala Pilah (1) Kami Sedang Mencari Tuan Tanah untuk Usahasama (JV) Bersama Pemaju Perumahan. Kami mencari tanah 3 ekar hingga 10 ekar -Hubungi 013-2193131 Azman (1) membuat pinjaman rumah lelong (1) mencari owner tanah (1) Mencari owner tanah untuk dibangunkan secara JV atau usahasama (1) Mencari Tanah untuk Dimajukan Secara Usahasama. Kami Bina Rumah Teres (1) Mencari Tanah untuk Usahasama (JV) (2) Mortgage Life (1) MRTA (1) Negotiator (1) Panduan Bagaimana Untuk Membeli Rumah Lelong. (1) Pangsapuri dan Semi-D di TANAH ANDA (1) pembelian rumah atau industri hartanah (1) Pembinaan Rumah Melalui Usahasama JV (1) Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak GAZA di Dataran Merdeka. #DownIsrael (1) Perunding Hartanah (2) Projek Perumahan Secara Usahasama (2) Property Consultant (1) Real Estate Agent (1) Real Estate Negotiator (1) samada tanah berstatus rezab melayu (1) Selangor DE (1) SIJANGKANG 42500 Telok Panglima Garang (1) Soalan Lazim – FAQ – Cara dan Proses Membeli Rumah Lelong (1) syarikat pemaju perumahan bumiputera (1) Tanah di Sijangkang (1) TANAH DIKEHENDAKI SEGERA UNTUK DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA (JV) (1) Tanah Dikehendaki Untuk Joint Venture Atau JV USAHASAMA (1) Tanah JV (Usahasama) Dikehendaki - Hubungi 0132193131 Encik Azman Perunding Hartanah dari NZR PROPERTIES REALTY RESOUCES (1) Tanah Lot DiJual (1) TANAH LOT UNTUK DIJUAL – LOKASI DI JALAN MAWAR (1) Tanah Untuk diJual (1) Tapak Rumah (1) Tips Beli Rumah Lelong (1) tips jual beli tanah lot (1) tips membeli tanah lot (4) untuk memajukan tanah (1) Usahasama (1) Usahasama Projek Perumahan Untuk JV (1) Usahasama Tanah (1) whatsapp@SMS Azman 0132193131 - Pembinaan Rumah Melalui Usahasama JV (1)

Hubungi Kami atau Lihat Info diVideo Kami Sebentar..

DAPATKAN SENARAI HARTANAH MURAH Terkini Mac 2013 - Klik Banner DiBawah Ini

List Hartanah Kami Uruskan

Lambaian Syawal 1436 Kian Dinanti - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Lambaian Syawal 1436 Kian Dinanti - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Video Lambaian Syawal 1436H Kini Di Rai - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Anda berhajat memiliki pelan banglo berkualiti idaman anda?

Pelan Banglo Idaman

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More